◉ HEADLINES

Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit

Bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM

3:03 PM MYT

 

CYBERJAYA – Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kesihatan dan keseriusan kes pesakit.

Katanya bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM.

“Kalau dinyatakan sebagai kecemasan perubatan, dia segera akan dirawat. Kalau tidak pun, dia diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keseriusan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata KKM juga turut menjalin kerjasama dengan fasiliti perubatan swasta dan hospital universiti seperti Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan bagi rawatan kanser sebagai usaha untuk mengurangkan waktu menunggu.

Beliau berkata terdapat sembilan fasiliti KKM yang menawarkan perubatan onkologi antaranya Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara dan Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata kes kanser di Malaysia juga semakin meningkat iaitu sebanyak 168,822 kes dilaporkan menerusi Registri Kanser Malaysia bagi tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021 dengan kanser payu dara, kolorektal, paru-paru, limfoma dan hati adalah lima kes kanser tertinggi direkodkan.

Mengambil kira angka kes itu, beliau menyeru semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama kerajaan dalam membantu aspek penjagaan kanser serta memberi sokongan kepada pesakit.

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun dengan tema kempen tahun ini ‘Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser’. – 17 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related