◉ HEADLINES

Elaun lokum RM80 sejam bagi pegawai perubatan berkuat kuasa serta-merta

Perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini. 

“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia. 

Sebelum ini, KKM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Mengenai majlis berkenaan, KKM hari ini memperbaharui MoU dengan IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM. 

Dr Dzukefly berkata pesakit berkenaan akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.  

“MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini,” katanya. 

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean Francois Naa disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia Tan Sri Mohammed Azlan Hashim. – 23 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related