HEADLINES

Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur: Saksi letupan kilang Puchong Utama

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya mengesahkan dua lelaki warga asing yang terkorban dalam kejadian itu, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna

6:34 PM MYT

 

PUCHONG – “Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur,” demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.

Pengimpal di sebuah kilang besi yang hanya mahu dikenali dengan Chen berkata ketika kejadian, beliau sedang melakukan kerja kimpalan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.

Menyangkakan ia bunyi letupan mercun, lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu kemudian keluar untuk melihatnya dan mendapati terdapat serpihan atap terpelanting ke atas pokok, selain kelihatan api sedang marak di kilang tersebut.

“Selepas itu, kami semua bergegas pergi tolong dan (saya nampak) dua orang yang mati di dalam itu (dengan keadaan) memang hancur… jadi saya takut nak masuk, cuma bantu di luar saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Pada kejadian kira-kira 10 pagi itu, dua dilaporkan maut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar mengesahkan dua lelaki warga asing yang terkorban dalam kejadian itu, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Beliau berkata siasatan bagi mengenal pasti punca letupan kilang berkenaan sedang dilakukan, selain turut menjalankan siasatan ke atas pemilik sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kilang kejuruteraan dan elektrik itu telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya.

“Keadaan selamat dari segi premis dan kawasan sekitar, namun kita tetap akan buat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mohd Fairus berkata dua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related