Saya tidak akan layan permintaan cuba gugat kestabilan politik: Sultan Ibrahim

Baginda juga bertitah, semua Ahli Parlimen diminta supaya menunjukkan contoh tauladan baik apabila berada di Dewan Rakyat

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim memberi ‘amaran’ bahawa pemerintahannya tidak akan sesekali melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Malah, baginda meminta semua pihak mesti menerima kenyataan dan menghormati keberadaan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dititah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang sudah dibentuk.

“Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang. Suka saya ingatkan bahawa Parlimen ini adalah tempat penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya, oleh itu adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal mematuhi peraturan dibuat,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah, semua Ahli Parlimen diminta supaya menunjukkan contoh tauladan baik apabila berada di Dewan Rakyat, dengan menjaga adab, memelihara tata tertib dan menggunakan tutur kata sopan tanpa mengeluarkan perkataan kesat.

“Kalau tengok (sikap) sebelum ini, saya pun rasa malu nak masuk ke Dewan Rakyat…,” titahnya merujuk kepada beberapa insiden dicetuskan Ahli Parlimen yang bergaduh dan berkata kesat ketika penggal terdahulu.

Malah, baginda meminta Speaker menjalankan tugas dengan tegas untuk memastikan wakil rakyat mematuhi peraturan di sepanjang tempoh persidangan.

“Saya beri green light (lampu hijau) untuk ambil tindakan kepada ahli dewan yang melampaui batas, boleh kenakan tindakan ban 14 hari jika ada degil,” titahnya.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, seperti semua pihak sedia maklum, keutamaan baginda adalah berkenaan keadaan hidup lebih 33 juta rakyat.

Justeru, titahnya, setiap Ahli Parlimen diingatkan memberi tumpuan terhadap usaha membela nasib golongan itu, bukan untuk kepentingan parti atau diri sendiri. – 26 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

Tragic thunderstorm: one dead after huge uprooted tree falls on Jalan Sultan Ismail

Fire and Rescue Dept confirms one person died, another sustained injuries, while 17 cars were damaged

Related