Sekretariat tetap ditubuh untuk pantau resolusi KEB 2024: Zahid

Tanggungjawab sekretariat untuk mengambil kira keputusan dan resolusi yang telah dan mendapat pengesahan MEB

7:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Satu sekretariat tetap akan diwujudkan bagi memantau pelaksanaan resolusi yang dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekretariat yang akan ditubuhkan pada kadar segera itu akan diletakkan di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan bertindak sebagai pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menggerakkan yang telah diluluskan oleh MEB.

“Tanggungjawab untuk mengambil kira keputusan dan resolusi itu yang telah dan mendapat pengesahan MEB. Jadi jawatankuasa yang ketiga di bawah MEB ialah jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis penutupan KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa kedua-dua jawatankuasa akan bekerjasama rapat untuk memantau hasil perbincangan kongres, serta semua dokumen perbincangan yang telah diserahkan kepada Perdana Menteri.

Menurut Ahmad Zahid, pelbagai cadangan berkaitan kepentingan masyarakat bumiputera dibincangkan dalam KEB 2024, namun ia tidak mengabaikan etnik lain di Malaysia. – Gambar Facebook Zahid Hamidi, 2 Mac, 2024

“Puluhan kluster dalam kongres kali ini telah mencadangkan aspek berkaitan kepentingan masyarakat bumiputera tanpa mengabaikan etnik lain di negara kita.

“Ini termasuk aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi yang lebih saksama.

“Penekanan juga diberikan kepada penggunaan teknologi baharu, dengan tumpuan kepada pelaksanaan latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai elemen utama untuk merealisasikan kerja teknokrat dan teknikal,” katanya.

Mengenai geran peluncuran RM100 juta untuk penubuhan wakaf Mara Madani yang diumumkan oleh Anwar pada majlis penutupan KEB 2024, beliau berkata Mara sebagai agensi pelaksana diberi tempoh dua tahun untuk mengumpul dana sebanyak RM1 bilion.

Difahamkan, lebih 80 resolusi dikemukakan pada KEB 2024 yang diterima daripada 10 kluster pada hari terakhir kongres hari ini.

Kumpulan yang diwujudkan dalam KEB 2024 iaitu Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Institusi Pendidikan Teknikal, Pendidikan dan Latihan Vokasional (Pilihan Kerjaya Utama) dan Pemantapan Industri Halal.

Kluster lain ialah Pembangunan Luar Bandar dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli; Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah Persekutuan; Sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.

Kongres yang berlangsung selama tiga hari disertai 3,000 peserta termasuk wakil dari dewan perniagaan Melayu, Kadazan, Dusun, Iban dan Dayak serta wakil masyarakat Orang Asli. – 2 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Related