Belum ada perancangan kembali ke arena politik: Isa Samad

Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Isa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak

1:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dilepas dan dibebas daripada sembilan tuduhan rasuah hari ini, belum berhasrat untuk kembali ke arena politik.

Isa berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai perancangan lanjut mengenai politik dan lebih selesa menjadi penyokong Umno.

“Saya dah bersara daripada politik, jadi tidak ada apa pelan saya. Politik ini satu yang subjektif, boleh masuk, boleh tidak…bergantung kepada keadaan.

“Kalau rakan-rakan baik dan memerlukan saya, saya (boleh) sertai kalau tidak saya jadi penyokong parti sahaja.

“Kes pun belum habis lagi, mungkin ada rayuan lain, tapi yang pasti saya adalah penyokong Umno yang setia,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Isa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, membuat keputusan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Isa, 75, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Isa berkata, apa diputuskan mahkamah itu adalah hak institusi perundangan dan beliau menerima keputusan dengan hati terbuka.

“Kes ini sudah selesai, saya rasa lega dan ini memudahkan saya serta keluarga menjalankan kehidupan seperti biasa

“Terima kasih kepada peguam saya kerana menjalankan tugas yang baik, bersabar selama enam tahun, kita bersyukur kerana mendapat keputusan yang baik

“Memang kita jangkakan kes ini daripada awal pun, saya jangkakan tidak ada masalah, tapi ialah proses itu berjalan dan kita terima apa sahaja keputusan dibuat mahkamah,” katanya.

Sementara itu, isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bersyukur atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan kepada keluarga, selepas melalui tempoh sukar selama enam tahun.

“Ini satu kemenangan bagi kami selepas tunggu enam tahun, tidak ada kemana-mana, tiada sebarang penglibatan dalam politik hanya berdoa setiap hari.

“Malah suami juga sentiasa yakin beliau tidak bersalah, saya dan anak-anak sentiasa memberi semangat, kami kenal dia dan tahu dia seorang yang sangat baik hati,” katanya. – 6 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related