HEADLINES

Selepas Harrison, Adun Dengkil pula nafi sokong kepimpinan Amirudin

Dakwaan beliau akan membelakangkan pendirian parti berniat jahat untuk merobek kekuatan Perikatan Nasional

7:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dirinya antara lima wakil rakyat Bersatu yang akan mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, dakwaan beliau akan membelakangkan pendirian parti berniat jahat untuk merobek kekuatan Perikatan Nasional (PN) yang konsisten membela nasib rakyat dan menjadi semak imbang kepada segala keputusan dibuat kerajaan.

“Saya sebagai wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil akan terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.

“Sebagai Adun PN daripada pembangkang menjadi semak imbang terhadap kerajaan Selangor supaya lebih telus dan berintergriti dalam mentadbir kerajaan untuk rakyat Selangor,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal memetik beberapa sumber melaporkan terdapat ura-ura mengatakan lima Adun Bersatu bakal memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Dakwaan itu timbul selepas Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari hari ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.

Jamil dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau tidak pernah memberi sokongan atau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu. – Gambar Facebook, 6 Mac, 2024

Selain Jamil, portal tersebut turut menamakan Adun Jeram, Datuk Harrison Hassan; Adun Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; Adun Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad dan Adun Morib, Rosnizan Ahmad akan mengikut jejak langkah Abdul Rashid.

Bagaimanapun, Rosnizan didakwa belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Sebelum ini, Harrison turut menafikan dakwaan berkenaan.

“Apa disebarkan itu tidak betul dan tiada pertemuan dengan MB (Menteri Besar),” katanya ringkas kepada Scoop.

Dalam pada itu, Jamil berkata, kerjasama sebagai Adun tetap diberikan kepada semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang mahupun agensi kerajaan bagi membantu menyesaikan masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya, ketetapan dan pendiriannya terhadap PN tetap utuh dan tidak berubah.

“Sekali lagi, saya ingin menyatakan bahawa dakwaan saya menyokong Amirudin adalah tidak benar dan saya menafikan sekeras-kerasnya,” katanya. – 6 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related