◉ HEADLINES

‘Ia pandangan peribadi, tersasar dari realiti’ Tuan Ibrahim tolak dakwaan PAS merosot jika Samsuri jadi pengerusi PN

Tuan Ibrahim mempertahan Samsuri dan menyifatkan dakwaan menantu Hadi bahawa PAS akan merosot jika Menteri Besar Terengganu itu memegang jawatan sebagai Pengerusi PN sebagai tidak mewakili parti

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah merekodkan pencapaian hebat di negeri berkenaan dan berjaya memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru Tuan Ibrahim menyifatkan pandangan menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad yang juga Ketua PAS Sungai Buloh bahawa PAS bakal kehilangan 37 kerusi Parlimen sekiranya Samsuri menerajui Perikatan Nasional (PN) adalah pandangan peribadi yang tersasar dari realiti.

“Saya rasa pandangan peribadi beliau itu tersasar daripada realiti. Kita lihat rekod pencapaian PAS. Kalau dengan sebab Dr Samsuri pegang (jawatan Pengerusi PN) maka kita merosot, saya rasa ia bukan realiti apa yang berlaku.

“Sebab kita lihat pencapaian pentadbiran kerajaan Terengganu pada zaman beliau bersama dengan PAS berjaya memenangi semua kerusi DUN, semua Parlimen.

“Ini satu pencapaian yang hebat,’’ katanya pada sidang media selepas program Malam Cinta Gaza malam tadi.

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar – Gambar fail Scoop, 16 Januari, 2026

Baru-baru ini, Zaharudin Muhammad yang juga Ketua PAS Sungai Buloh mendakwa parti itu bakal kehilangan 37 kerusi Parlimen sekiranya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui Perikatan Nasional (PN).

Menurut menantu Tan Sri Abdul Hadi Awang, dapatan itu diperoleh daripada data dalaman yang dilaksanakan oleh parti berkenaan, namun Zaharuddin enggan mendedahkan data berkaitan.

“Disebabkan saya tak boleh dedah data dan realiti, maka saya boleh simpulkan jika Dr Sam (Ahmad Samsuri) jadi pengerusi PN ganti Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya cukup bimbang berdasarkan data yang ada pada saya, PAS akan hilang 37 kerusi Parlimen dengan tiga senario dan kondisi yang bakal berlaku,’’ katanya, lapor BH.

Kekosongan jawatan Pengerusi PN berlaku susulan pengumuman Muhyiddin untuk meletak jawatan, berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lebih lima tahun memimpin gabungan itu.

Pengunduran Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu turut disertai beberapa pemimpin Bersatu lain.

Mereka ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan Setiausaha Agung PN dan pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, semua orang bebas memberikan pandangan namun apa yang penting ialah komitmen kepada PN.

“Yang penting bila pemimpin tertinggi setiap parti buat keputusan, kita dokong keputusan itu,’’ katanya. – 16 Janu

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related