Mangsa sebak lihat rumah didiami seminggu musnah dalam kebakaran

Muhaidi berkata susulan insiden itu dia bersama keluarga kini menumpang di rumah saudara

5:19 PM MYT

 

TAWAU — Seorang mangsa kebakaran rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini sebak melihat rumah yang baru siap dibina dan didiami itu musnah dalam kejadian kebakaran semalam.

Muhaidi Abd Rahman, 46, berkata rumah berkenaan baru didiami selama seminggu bersama isteri serta anak-anak sebelum ditimpa musibah itu.

“Rumah baru sebulan siap dan baru seminggu tinggal…rancangan saya kalau ada rezeki saya akan buat semula rumah ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhaidi yang bekerja sebagai tukang rumah ditemui di tapak rumahnya yang terbakar dan sedang mengutip serta mengumpul barang-barang yang masih boleh digunakan. 

Ketika kejadian semalam dia berkata terdapat barang termasuk baju yang dibuang ke laut kerana tidak sempat untuk diselamatkan. 

Semalam dilaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.31 petang.

“Waktu itu saya nampak api itu jauh dan saya ingat ini rumah tidak dapat (tidak disambar api), rupanya tidak lama kena juga, keadaan angin tidak menentu ketika itu, macam pusing-pusing kerana tidak lama rumah atas bukit pun kena.

“Saya dengar orang teriak, orang rumah dan anak-anak menangis, saya suruh mereka keluar, mahu keluarkan barang tidak sempat sebab jambatan sudah putus, terpaksa saya buang mana barang perlu ke laut saja, pagi ini baru saya kutip mana yang ada,” katanya lagi.

Muhaidi berkata susulan insiden itu dia bersama keluarga kini menumpang di rumah saudara.

Sementara itu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Tawau Rosaziyanna Rusdin berkata setakat 12 tengah hari tadi, seramai 354 mangsa kebakaran melibatkan 77 ketua keluarga mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

“Jumlah mangsa kebakaran itu juga termasuk 17 mangsa bukan warganegara,” katanya.

Selain itu katanya JKM juga menyediakan bantuan makanan selama tiga hari kepada mangsa.

Menurut Rosaziyanna pelbagai bantuan seperti makanan, air mineral, pakaian dan keperluan bayi disumbangkan pihak persendirian serta badan bukan kerajaan dihantar ke PPS itu sejak semalam. – 7 Mac, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related