◉ HEADLINES

Timbalan Speaker beri kata dua kepada Ahli Parlimen sebelum mulakan sesi jawab lisan

Peringatan itu diberikan susulan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor membuka sidang Dewan Rakyat pagi ini dengan mengingatkan Ahli Parlimen supaya sentiasa berbahas dengan tertib dan teratur bagi menghormati kesucian bulan Ramadan.

Malah katanya, semua Ahli Parlimen perlu menjadikan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sebagai panduan semasa sesi perbahasan.

“Sebelum memulakan sesi jawab lisan pagi ini, saya ingin berpesan kepada Yang Berhormat (YB), Ramadan adalah bulan umat Islam melipatgandakan amalan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Di dalam bulan mulia ini kita juga dituntut menjaga tutur bahasa, bicara dan pergaulan, mengelak permusuhan dan persengketaan, memperbanyakkan membaca al-Quran, meningkatkan amalan wajib dan sunat, menghidupkan malam dengan amal ibadat serta bersedekah pada golongan yang memerlukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Peringatan itu diberikan susulan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat.

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 27 Februari lalu sudah mula kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebaik sesi sebelah petang bermula.

Ia sebagai tindakan protes selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkeras membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menyampaikan ucapan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Rata-rata pembangkang mempersoalkan keputusan Yang Dipertua itu dengan menyifatkan kebenaran diberikan kepada Perdana Menteri tidak mengikut aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya bersatu hati dan menumpukan segala usaha membela nasib rakyat.

Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan itu disifatkan sebagai tidak menghormati Institusi Diraja. – 13 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related