◉ HEADLINES

GSC 3 Damansara ditutup mulai esok selepas 15 tahun beroperasi

Dune: Part Two, Kung Fu Panda 4 dan Time Still Turns the Pages adalah filem terakhir yang ditayangkan hari ini

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas 15 tahun beroperasi, GSC 3 Damansara akan menutup operasinya berkuat kuasa esok.

Pengumuman mengenai penutupan itu dibuat oleh GSC pada 7 Mac lalu, dengan tayangan terakhirnya adalah pada hari ini.

Berdasarkan laman webnya, filem yang masih ditayangkan hari ini ialah Dune: Part Two, Kung Fu Panda 4 dan Time Still Turns the Pages.

GSC 3 Damansara mula dibuka pada 20 Jun 2009 lalu.

Sebelum ini syarikat induk GSC, iaitu PPB Group Bhd, merekodkan kerugian bersih sebanyak RM120 juta pada 2023, berbanding RM17 juta kerugian pada 2022.

Dalam kenyataannya sebelum ini, GSC memberitahu, dengan penutupan itu, orang ramai boleh mengunjungi pawagam berdekatan iaitu GSC The Starling Mall, GSC Paradigm Mall, GSC 1 Utama dan GSC Tropicana Gardens Mall.

“Bermula daripada pembukaan kami pada 20 Jun 2009, ia merupakan perjalanan yang luar biasa. Kami amat berterima kasih atas sokongan dan semangat berterusan sepanjang 15 tahun ini.

“Kegembiraan dan emosi yang telah anda kongsikan, gelak tawa, kejutan dan tepukan anda akan sentiasa bergema dengan kami,” kata GSC dalam Facebooknya, minggu lepas.

Ia merupakan penutupan operasi GSC ketiga selepas Alamanda di Putrajaya pada 14 Ogos tahun lalu, diikuti GSC Berjaya Times Square pada 27 November lalu.

Penutupan di Berjaya Times Square dibuat selepas kira-kira tiga bulan pawagam terkenal itu ditutup di Alamanda. – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related