Dari mangsa buli ke Paralimpik, perjalanan sukar Daneshan jadi inspirasi

Kelayakan menyertai Paralimpik di Paris tahun ini bukan sahaja kejayaan kesukanan, malah simbol kekuatan dalam kejerihan hidup

12:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di sebalik penghargaan dan kemenangan yang dicapai oleh atlet para memanah negara, G. Daneshan, ternyata beliau melalui perjalanan yang penuh ranjau dan duri.

Ia bukan berkaitan kemenangan semata-mata sebaliknya lebih kepada kekurangan upaya dan sukan.

Dalam dunia yang sering memandang rendah dan mengetepikan golongan kurang upaya, Daneshan ingin dilihat bahawa kekuatan sebenar terletak pada daya tahan dan keyakinan yang teguh terhadap potensi seseorang.

Atlet berusia 26 tahun yang baru-baru ini layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menang perak dalam acara compound lelaki pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai.

Berada di kedudukan 32 dunia, Daneshan tewas kepada peserta dari Austria, Michael Meier 133-143 dalam acara final.

Membesar di Kulim, Daneshan mengalami polio semasa kanak-kanak, yang membawa kepada kecacatan pada kakinya hinggakan Daneshan sering dibuli di sekolah. Insiden ini memberikan kesan ketara kepada pelajarannya.

Memanah menjadi jalan keluar bagi Daneshan, yang kemudiannya menjadikan sukan itu sebagai fokus utama sejak berusia 17 tahun.

Pendapatan yang diperolehi dari memanah, selain sumbangan daripada adik-beradiknya membolehkan bapa Daneshan bersara dan meluangkan masa bersama ibunya sejak beberapa tahun lalu.

Bercakap kepada Scoop, Daneshan berkongsi bagaimana kemenangan yang dicapainya untuk negara telah mengubah pandangan rakan-rakan sekolahnya yang pernah membulinya dulu.

“Belajar di sekolah adalah sesuatu yang sukar. Mereka (rakan sekolah) mengejek saya. Ada satu ketika saya sangat marah dan baling kerusi pada mereka.

“Bapa saya terpaksa datang ke sekolah (bertemu guru) apabila saya bergaduh dan dia menangis. Saya nyatakan hasrat untuk berhenti sekolah tetapi tidak dibenarkan.

“Ia sangat sukar…mereka (rakan sekolah) tidak faham, kerana mereka sangka mereka normal. Saya cakap pada diri saya, okey dan masa saya (untuk berjaya) belum tiba lagi.

“Tetapi sejak saya menang pingat, ada rakan sekolah yang menghubungi saya dan menjadi kawan. Ia agak lucu,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, Daneshan turut meluahkan hasrat untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang kurang upaya menerusi kejayaannya.

Beliau berharap mereka yang berdepan cabaran serupa akan tabah dan mencapai kejayaan dalam hidup melalui kerja keras serta dedikasi.

“Saya adalah bukti meskipun kurang upaya, kita boleh mencapai kejayaan. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat menentukan siapa kita.

“Menerusi sukan dan usaha tanpa jemu, kita boleh menunjukkan keupayaan serta membuktikan bahawa mereka salah.

“Saya sangat bangga dan sukan mengajar saya. Ramai orang di luar sana yang melalui situasi sama dengan saya dan mereka juga boleh mencapai kejayaan dalam hidup apabila melakukan yang terbaik menerusi kerja keras.

“Masyarakat mungkin melakukan perkara negatif namun kita mesti memastikan ia tidak mengecewakan. Kita perlu terus mencuba, sentiasa memberikan 100% dan suatu hari nanti kita pasti akan mencapai kegemilangan.

“Saya menggesa mereka yang kurang upaya untuk terus berusaha dalam hidup dan suatu hari nanti mereka akan mencapai kejayaan dan saya akan jalankan tanggungjawab untuk memberikan inspirasi kepada mereka menerusi persembahan saya dalam bidang sukan.

Daneshan adalah pemanah para Malaysia ketiga yang layak ke Paris 2024 bersama dua lagi iaitu S. Suresh dan Nur Jannaton Abd Jalil, masing-masing menjadi juara dunia pada 2019.

Paralimpik tahun ini dijadualkan pada 28 Ogos sehingga 8 September. – 19 Mac, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related