HEADLINES

MKT Umno sokong pendirian Pemuda isu kalimah ‘Allah’ termasuk tindakan boikot

MKT sebulat suara menyokong penuh pendirian sayap Pemuda itu diketuai Dr Muhammad Akmal Saleh

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno memberi jaminan kelantangan sayap Pemuda dalam isu stoking kalimah ‘Allah’ termasuk gerakan memboikot kedai serbaneka terbabit tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan parti komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seluruh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebulat suara menyokong penuh pendirian sayap Pemuda itu diketuai Dr Muhammad Akmal Saleh.

“Berkenaan isu kalimah Allah di stoking, dibincangkan juga dalam MKT dan MKT tadi sebulat suara menyokong penuh pendirian Pemuda Umno dalam isu tersebut.

“Tak ada apa yang dijejaskan (hubungan antara parti) kerana yang penting, Umno terus kekal teguh dengan pendirian mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Terdahulu Akmal berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi ‘hero’, dipuji atau dipandang hebat dalam perjuangannya yang menggesa KK Mart diboikot berhubung isu kedai serbaneka itu menjual stoking tertera kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pendirian itu juga adalah matlamat perjuangan Umno malah dalam membentuk Kerajaan Perpaduan, parti ini turut meletakkan empat syarat penting.

“Dua perjanjian yang ditandatangi dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Satu perjanjian dalam memulakan perundingan dan satu lagi perjanjian dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kita Umno meletakkan syarat, jangan sesekali meremehkan apa juga yang terkait dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Perkara 3. Kepentingan dan keistimewaan Melayu Bumiputera dalam Perkara 153 dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu.

“Ini empat teras akar utama yang menjadi syarat kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan dan saya kira setakat hari ini pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, Menteri-Menteri Kabinet juga menghormati perjanjian tersebut.

“Jadi tak ada masalah,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu stoking tertera kalimah Allah.

Anwar berkata, tindakan sudah diambil manakala Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno menyeru semua pihak tidak ‘berlebih-lebihan’ dalam isu tersebut apabila pihak terbabit sudah meminta maaf.

Minggu lalu, tular di media sosial penjualan stoking kalimah Allah di sebuah premis KK Mart di Sunway. Susulan itu, pengasasnya KK Chai dan vendornya Xin Jian Chang Sdn Bhd memohon maaf kepada orang ramai.

Sementara itu Asyraf berkata, MKT Umno juga sebulat suara tidak akan berkompromi berhubung isu yang membabitkan raja, kaum dan agama (3R).

“Isu-Isu seperti ugatan kepada aqidah Islam dalam Filem Mentega Terbang, cadangan pewartaan Kampung Baharu Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Bak Kut Teh dan terkini isu kalimah Allah di stoking kaki adalah sebahagian daripada isu yang menjadi polemik memudaratkan.

“Malah, Umno turut mendokong penuh titah Yang di-Pertua Agong yang mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati curang dan terlibat dalam sebarang usaha meremeh dan memperlekeh kalimah Allah,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related