HEADLINES

Usul rujuk Wan Saiful, Johari ingatkan hukuman berat menanti

Menurut Johari, ada dua pilihan yang boleh diambil iaitu tu sama ada merujuk Wan Saiful kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atau menubuhkan jawatan kuasa baharu

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan meneliti penyata rasmi (hansard) susulan dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berkaitan cubaan memujuk dan menyogok Ahli Parlimen pembangkang menyokong kerajaan.

Menurut Johari, beliau boleh mempertimbangkan dua pilihan untuk merujuk Wan Saiful, Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Zulkafperi Hanapi dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.

Jelasnya, ia sama ada merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atau menubuhkan satu jawatankuasa baharu di bawah peraturan 80A.

Beliau turut mengingatkan hukuman kali ini lebih berat kerana beliau sudah beberapa kali meminta agar isu politik tidak dibawa ke dalam Dewan.

“Saya berkali-kali beri arahan, isu politik (bincang) di luar, bukan dalam Dewan. Jangan guna masa ini untuk politik, masa dalam Dewan adalah untuk runding isu rakyat.

“Apa-apa keputusan nanti, bukan (dari) saya. Saya hanya lafazkan,’’ katanya hari ini.

Pada 21 Mac lalu, Wan Saiful mendakwa Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Zulkafperi Hanapi dan dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman serta Datuk Rahim membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan beliau kepada kerajaan.

Susulan itu, Zulkafperi memfailkan usul bagi merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul itu, kata Zulkafperi adalah berkaitan kenyataan Wan Saiful di Parlimen pada Khamis lalu yang dianggap sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan dengan tuduhan terhadap dirinya sebagai ‘ejen’ yang memujuk dan menyogok Ahli Parlimen PN untuk menyokong kerajaan.

Mengulas lanjut, Johari memberitahu, beliau juga akan memanggil Zulkafperi serta Azizi dan jika didapati bersalah mereka juga akan dihadapkan ke jawatankuasa tersebut.

“Kita (Dewan) ada tiga hari lagi, saya akan meneliti dan baca hansard dan menulis kepada Wan Saiful untuk dapatkan bukti jelas,’’ katanya. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related