◉ HEADLINES

Jalan sesak: Tok Mat bawa cadangan WFH dan PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean ke Kabinet

Ia susulan kesulitan dan kekangan yang dialami warga Lembah Klang akibat penutupan jalan semasa lawatan rasmi Presiden China

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan kerja dari rumah (WFH) dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak Asean pada Mei dan Oktober depan akan dibawa ke perhatian Kabinet, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, ia susulan kesulitan dan kekangan yang dialami rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akibat penutupan jalan sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping.

Beliau turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kesesakan jalan raya akan penutupan jalan tersebut.

“Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet agar jabatan-jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur,’’ katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini bagi mengucapkan selamat jalan kepada delegasi dari China.

Xi Jinping berlepas ke Kemboja hari ini selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.04 pagi.

Sebelum ini beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya menjadi sesak selepas ia ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat selama tiga hari mulai Khamis lalu.

17 laluan telah mengalami penutupan sementara antara 30 hingga 45 minit bergantung pergerakan delegasi.

Antara laluan yang ditutup ialah Lebuh KLIA, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lingkaran Putrajaya, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5.

Kesesakan itu menyebabkan ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka menerusi media sosial, malah ada yang menyatakan mereka tersangkut di dalam kesesakan selama beberapa jam.

Bagaimanapun ada yang memahami mengapa penutupan jalan dilakukan kerana ia melibatkan aspek keselamatan yang merupakan protokol antarabangsa melibatkan pemimpin besar dunia. – 17 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related