HEADLINES

Pewaris keris dipercayai milik Hang Tuah enggan jual artifak biarpun ditawar RM1 juta

Artifak itu diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk dijadikan bahan menarik bagi tatapan orang ramai di Pameran Hang Tuah yang dijadualkan berlangsung bulan depan

12:14 PM MYT

 

MELAKA – Walaupun pernah ditawarkan harga lumayan hingga mencecah RM1 juta, pewaris Keris Sudang dan Keris Hukum berusia kira-kira 600 tahun yang dipercayai milik Laksamana Hang Tuah berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menjual artifak warisan keluarga yang baginya tidak ternilai harganya itu.

Tun Muhammad Amin Tun Ahmad, 49, yang mengaku sebagai waris ke-11 pahlawan Melayu tersohor itu berkata, dia dan keluarganya pernah dikunjungi pihak yang cuba mendapatkan beberapa artifak yang dimiliki seperti Meriam Rentaka, namun mereka tidak pernah berniat untuk menjualnya.

“Ia peninggalan yang diwarisi turun-temurun, ia amat besar nilainya berbanding wang,” katanya yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau di Indonesia kepada pemberita di sini.

Keris Sudang dan Keris Hukum berusia kira-kira 600 tahun pernah ditawarkan sehingga RM1 juta. – Gambar Bernama, 22 Mei, 2024

Dua artifak itu diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk dijadikan salah satu bahan menarik bagi tatapan orang ramai di Pameran Hang Tuah yang dijadualkan berlangsung di sini pada bulan Jun ini.

Sementara itu, Tun Muhammad Amin berkata, bagi Pameran Hang Tuah nanti selain keris, ada beberapa lagi peninggalan lain antaranya gelang, buku catatan dan salasilah keluarga, juga akan dipinjamkan untuk dipamerkan kepada orang ramai di pameran itu nanti. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related