HEADLINES

Zaid kecam gesaan Perkasa boikot Petronas

Datuk Zaid Ibrahim menyindir pemimpin Melayu ketika ini hanya berminat dengan isu stoking dan boikot

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Zaid Ibrahim mempertikai tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mengajak orang Melayu untuk memboikot Petronas selama seminggu kerana memberikan kontrak pemasangan panel solar kepada syarikat bukan Bumiputera.

“Petronas betul-betul mempertahankan keputusannya kerana ia berasaskan merit. Bagaimana lagi Petronas akan membuat keputusannya?

“Nampaknya kita, orang Melayu, mempunyai beberapa boikot untuk ditangani, kerana kemungkinan banyak lagi anugerah akan dilakukan secara merit,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Terdahulu, Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali kecewa dengan tindakan Petronas tidak mengutamakan syarikat Bumiputera dan menggesa orang Melayu supaya memboikot stesen Petronas selama seminggu jika tidak membantu golongan tersebut.

“Petronas punya stesen 90 peratus orang Melayu yang support (sokong) Petronas punya, tetapi kenapa bagi dekat orang lain kontrak,” katanya.

Mengulas lanjut, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu berkata, ancaman boikot kosong tidak ada gunanya dan hanya satu tindakan yang boleh dilakukan orang Melayu ketika ini.

“Ia adalah untuk memboikot parti atau pemimpin politik Melayu yang tidak melakukan apa-apa untuk membantu orang Melayu berjaya supaya mereka boleh bersaing dengan Solarvest dan memenangi kenalan secara merit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia tugas sukar untuk dilaksanakan disebabkan monopoli sedia ada dan kekurangan modal syarikat Melayu.

Beliau berkata, apa yang diperlukan adalah sebuah parti Melayu yang mempunyai agenda ekonomi progresif dan radikal.

Namun katanya, parti seperti itu belum ada di Malaysia dan pemimpin sedia ada ketika ini tidak transformatif.

“Mereka masih belum mengumumkan transformasi radikal dasar ekonomi kita. Mereka selesa di bawah sistem sekarang. Mengapa (perlu) mengubah apa-apa?

“Musibah yang menimpa orang Melayu ialah pemimpin parti politik mereka tidak berminat dengan ekonomi. Mereka tidak berminat untuk membongkar monopoli,” katanya.

Zaid menyindir pemimpin Melayu ketika ini hanya berminat dengan isu stoking dan boikot.

“Dengan status quo, kontraktor dan pembekal Bumiputera tidak akan dapat bersaing secara merit. Apakah perniagaan yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia hari ini dengan jayanya?

“Kita mendapat jawapannya pada 1970-an, dan kita harus kembali kepada resipi yang kita tinggalkan sebagai pertukaran untuk penswastaan. Sumpahan penswastaan akan terus menghantui orang Melayu,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related