Imigresen cekup dalang utama sindiket pekerja asing, rampas wang tunai lebih RM91,000

Modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan mensasarkan warganegara Bangladesh dan Indonesia

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) menahan dua lelaki warga asing yang juga dalang utama sindiket pekerja asing termasuk bagi pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0), semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM turut merampas wang tunai sebanyak RM91,550, 12 pasport Bangladesh, senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan RTK dan tiga telefon bimbit.

Menurutnya, operasi bermula pada jam 1.30 petang itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Rentetan itu, pasukan operasi menahan dua suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 50 hingga 52 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’.

“Hasil semakan awal mendapati suspek adalah warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap (PR) dan warganegara Bangladesh yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Tambahnya, modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan mensasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.

“Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen dan dipercayai menjalankan operasi selama satu tahun. Bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini antara RM1,500 hingga RM2,000.

“Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ruslin berkata, JIM turut mengeluarkan notis hadir ke pejabat tiga warga tempatan masing-masing dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan.

“JIM meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom),” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related