Hanya kritik, bukan hasut: Puad jelas tiada isu peribadi dengan Rafizi

Terdahulu, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa sistem Padu disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi Ramli yang tidak diyakini rakyat

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menegaskan kritikan terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bukan bertujuan untuk menghasut sesiapa.

Beliau juga secara sinis berkata tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Rafizi dakwa kritikan saya terhadap Padu bersifat peribadi. Menurutnya saya tetap tidak akan berpuas hati walaupun Malaysia menjadi negara kaya.

“Saya tidak ada isu peribadi dengan Rafizi. Saya hanya tunggu formula beliau menjadikan Malaysia kaya-raya. Saya tidak menghasut tetapi mengkritik,” tulisnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam Rafizi berkata, kritikan berterusan beberapa tokoh politik yang mendakwa kononnya sistem Padu gagal, lebih bersifat soal peribadi.

Beliau berkata, biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu.

“Yang bising sangat ini Puad Zarkashi (Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi). Dia ini kalau Malaysia kaya-raya pun dia masih tak setuju dengan saya,” katanya.

Puad bagaimanapun kembali menyerang Rafizi dengan mendakwa pemimpin itu sendiri menjalankan kerja menghasut ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Sedangkan itulah sikap dia masa Najib jadi PM. Semua tidak betul. Najib mahu Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi. Dia pula kerja menghasut.

“Sekarang dia tahu ECRL (projek Laluan Rel Pantai Timur) itu bagus. HSR (Kereta Api Berkelajuan Tinggi), (Lebuhraya) Pan Borneo, GST, Tun Razak Exchange, Rapid dan BR1M bawa manfaat kepada rakyat dan negara.

“Tetapi apa kejayaan formula beliau yang boleh dibanggakan sejak jadi menteri? Sarawak dan Sabah pun tolak Padu,” dakwanya.

Terdahulu, Puad mendakwa sistem Padu disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat. – 28 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

I’m a target for following rules: ousted SME Assoc chief chides ‘personally motivated’ detractors

Ding Hong Sing says supposed coup began in Jan when he refused to sign its 2023 financial account, resulting in some council members pushing for his removal

Related