HEADLINES

Penjawat awam, penerima STR jangan terpedaya dengan scammer: Fahmi

Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai esok

8:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian.

Katanya beliau tidak mahu pihak tidak bertangggungjawab mengambil kesempatan atas khabar baik untuk rakyat.

“Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer). Kalau kita terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, semak dulu.

“Kalau terima mesej daripada orang yang kononnya kawan kita, semak dulu dan kalau dapat e-mel yang mengatakan klik pautan di sini, atau muat turun aplikasi, tolonglah jangan klik e-mel yang tidak dikenali,” katanya selepas menyaksikan sesi latihan skuad Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Perdana Menteri semalam mengumumkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara kerajaan masing-masing bakal menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 pada Jumaat ini.

Selain itu, seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai esok.

Mengenai BKK Aidilfitri, Fahmi berkata, baginya sejujurnya ia satu kejutan yang sangat baik dan sudah tentu memberi keceriaan kepada penjawat awam yang akan menyambut Aidilfitri minggu depan.

“Kalau saya ingat perbincangan atau bila tanya Perdana Menteri sebelum ni, beliau sering sebut kerajaan sudah sediakan bantuan RM2,000 untuk penjawat awam tempoh hari tetapi bila diumumkan hari ini BKK Aidilfitri, itu sudah pasti jadi satu perkara yang sangat menceriakan dan mengubah suasana,” katanya.

Fahmi juga berharap penjawat awam memanfaatkan bantuan itu sebaik-baiknya dan mencadangkan mereka untuk menyokong peniaga di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.

“Kita pergi secara fizikal dan sokong mereka yang hampir kesemuanya adalah peniaga bumiputera. Kita bantu mereka dan ini harapan saya,” katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related