Terserah Speaker tentukan kedudukan, kalau diarah kosongkan, kita ikut: Ahli Parlimen Bersatu

Enam Ahli Parlimen Bersatu itu bercadang bertemu Speaker Jumaat ini

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terserah kepada Speaker Dewan Rakyat menentukan kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan kelulusan pindaan Perlembagaan parti itu.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, sekiranya Speaker mengarahkan kekosongan dibuat, maka mereka akan mengikuti arahan itu.

“Apa-apa pun terserah kepada keputusan Speaker serta mahkamah dan bukan Ahli Parlimen Machang yang menentukan kerusi itu kosong atau tidak

“Kita juga tidak perlu menggelabah kerana kita di pihak yang dituduh, jadi tunggu tindakan selanjutnya oleh parti.

“Kalau kata Bersatu hantar surat, jadi terserah Speaker lah, kalau Speaker kata ok kosongkan, jadi kosonglah,” katanya.

Tambah Suhaili, beliau bersama lima rakan Bersatu yang menyatakan sokongan itu, bercadang bertemu Speaker Jumaat ini.

“Kami sudah membuat permohonan kepada Pejabat Speaker untuk bertemunya Jumaat ini, namun setakat ini belum dapat maklum balas mereka.

“Mungkin Speaker masih di luar kawasan,” katanya yang turut mengesahkan belum menerima apa-apa surat daripada Bersatu.

Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu kerana ia memenuhi kehendak mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad berkata, pindaan peruntukan dilaksanakan parti itu juga, dibuat mengikut Perlembagaannya.

Susulan itu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan Perlembagaan parti terbabit yang boleh dijalankan bermula Isnin ini, membenarkan parti mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen berkenaan kerana memberi sokongan kepada pihak lawan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berpendirian kedudukannya sebagai wakil rakyat tidak terbatal walaupun RoS meluluskan pindaan terbabit.

Beliau berkata, ia kerana kenyataan menyokong kepemimpinan Anwar dibuat tahun lalu, manakala Perlembagaan diluluskan itu berkuat kuasa 1 April.

Katanya, beliau juga sudah membaca Perlembagaan Bersatu yang diluluskan RoS itu bertarikh 1 April.

“Saya tak menganggap ini sebagai ‘April Fool’s Day’ kerana setiap parti ada hak masing-masing untuk menggubal dan meminda Perlembagaan mengikut keperluan semasa.

“Tahniah kepada Bersatu kerana berjaya mendapat kelulusan RoS dalam waktu amat singkat.

“Ini adalah satu lagi bukti langkah terpuji Perdana Menteri dan Kerajaan Madani yang tidak menggunakan kuasa politik serta tidak mengganggu gugat pengurusan agensi atau kementeriannya,” katanya.

Azizi berkata, sebagai ahli Bersatu, beliau menyanjung dan menghormati setiap fasal serta seksyen dalam Perlembagaan parti.

“Namun, saya konsisten dengan kenyataan saya pada 7 November 2023, iaitu menyokong Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri,” katanya.

Sebelum ini, Bersatu dilapor meluluskan Perkara 10 Perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan Perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu berkenaan yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen itu adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – 3 April, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related