◉ HEADLINES

MCMC sita telefon bimbit, kad sim milik Aliff Syukri, dihantar ke forensik

Semalam, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Aliff Syukri di Ibu pejabat MCMC di Cyberjaya

10:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menyita telefon bimbit dan kad sim milik usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan memuat naik video lagu hari raya yang mencetuskan kontroversi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” katanya kepada media di Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Semalam, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Aliff Syukri di Ibu pejabat MCMC di Cyberjaya.

MCMC dalam kenyataan media memaklumkan, ia susulan aduan yang diterima berhubung kandungan video teaser hari raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

Kelmarin, Aliff Syukri membuat permohonan maaf selepas ditegur ibunya kerana memuat naik muzik video terbaharunya sempena Aidilfitri berjudul Love Raya yang mencetuskan kontroversi.

Malah, Aliff Syukri turut akur dengan permintaan ibunya, Rozita Ibrahim dengan memadamkan klip video kontroversi itu di semua platform media sosialnya.

Sebelum ini, Scoop melaporkan pembikinan video muzik untuk lagu nyanyiannya sempena Aidilfitri tahun ini, bukan sahaja mengejutkan dan ditempelak ramai, malah dilabel ‘memalukan’.

Menerusi petikan video muzik dikongsikan di mediapenglipurlara yang memaparkan ‘di sebalik layar’ pembikinannya, kelihatan Aliff Syukri berendam di dalam jakuzi dipenuhi buih sabun dengan mengenakan ‘singlet’ dan seperti memakai seluar pendek – 4 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related