HEADLINES

Logo kasut mirip kalimah Allah: Pengasas Vern’s mohon maaf, ambil pengajaran agar lebih berhati-hati

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s), Datuk Seri Ng Chuan Hoo mengakui, isu logo menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita keluaran syarikatnya menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Menurutnya yang mahu dikenali sebagai Ah Foo, beliau turut faham isu tersebut tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.

Susulan itu, beliau meminta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

“Perkara ini berlaku salah faham. Dalam isu ini, saya faham ia tak gembirakan masyarakat Islam.

“Ah Foo minta maaf berkenaan isu ini. Hari ini saya ambil pengajaran akan salah faham ini.

“Pada masa hadapan, (saya) perlu lebih sensitif dan berhati-hati,” katanya ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Ah Foo, 51, tiba berseorangan di Kompleks Islam Putrajaya di sini bagi memberi penjelasan berhubung logo kasut tersebut.

Ditanya mengenai pertemuan kira-kira sejam bersama pegawai Jakim, Ah Foo berkata, dia amat terharu dan berterima kasih atas layanan baik dan tunjuk ajar yang diberikan.

“Jakim dan polis akan buat siasatan. Selepas siasatan, langkah kedua perlu saya buat adalah beri kerjasama.

“Pada masa depan, (dalam) berniaga (saya) perlu berhati-hati dan hormat walaupun ia satu salah faham,” katanya.

Ah Foo berkata, sejurus sahaja dimaklumkan oleh pembantunya mengenai isu tersebut semalam, dia mengarahkan agar penjualan kasut itu dihentikan dengan serta-merta.

“Kebetulan masa isu berlaku, saya terima (makluman) dari pembantu saya. Saya terus beri arahan simpan dan tak bagi jual lagi,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarah Jakim untuk memanggil pihak pengurusan Vern’s bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat jam 7 malam semalam, sebanyak lapan laporan polis diterima berkaitan kes itu.

Susulan itu, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Jelasnya, reka bentuk logo pada tapak kasut itu 100% diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related