◉ HEADLINES

4 warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta

Pemandu berusia 36 tahun didapati positif ganja membuat laporan polis berkenaan insiden dia dipukul pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi

12:02 AM MYT

 

IPOH — Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata empat individu berkenaan ditahan pada jam 4.20 petang ini selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian memukul pemandu itu berlaku sebaik sahaja selepas nahas jam 8.10 pagi itu.

Pemandu berusia 36 tahun didapati positif ganja membuat laporan polis berkenaan insiden dia dipukul pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

“Kes memukul ini telah dibuka siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tiga lelaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu suspek ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dalam kejadian tersebut, kereta Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33, manakala tiga yang cedera Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23, dirawat di Hospital Teluk Intan.

Ahmad Adnan berkata pemandu kereta terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Teluk Intan, esok.

Pada masa sama, katanya pemandu berkenaan direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian. – 11 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related