HEADLINES

Konflik Asia Barat: Tiada jemaah umrah batal tempahan walau bimbang soal keselamatan

Ada yang meluahkan kerisauan mereka tetapi ramai jemaah umrah sudah ke Arab Saudi Ramadan lalu, jadi tempahan untuk Syawal tidak ramai

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada pembatalan pakej umrah mahupun haji dibuat jemaah Malaysia ketika kebimbangan semakin memuncak susulan insiden serangan balas Iran terhadap Israel, sehingga mencetus konflik di Asia Barat ketika ini.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, tidak dinafikan ada dalam kalangan jemaah umrah menyatakan kerisauan mereka, terutamanya mengenai soal keselamatan untuk melakukan perjalanan ke Arab Saudi susulan konflik berkenaan.

“Memang kalau kita tinjau ada dalam kalangan jemaah itu yang mengadu risau, tetapi oleh kerana ramai jemaah umrah sudah pergi ketika Ramadan lalu dan sebelumnya, jadi tidak ramai membuat tempahan untuk ke sana ketika Syawal ini.

Datuk Md Daud Che Ngah berkata, ibadah haji memang tidak boleh ditangguh, lalu beliau menunggu keputusan lanjut tentang ibadah itu daripada kerajaan – Gambar Facebook, 17 April, 2024

“Memang bilangan jemaah sikit, namun setakat ini tidak ada lagi jemaah membatalkan urusan umrah mereka itu,” katanya.

Beliau berkata, bagi jemaah haji musim ini, ibadah berkenaan memang tidak boleh ditangguh, namun keputusan lanjut mengenainya bergantung kepada kerajaan.

“Kita tak boleh nak jawab (apa keputusan nanti) sebab keadaan itu bergantung kepada benda yang akan berlaku seterusnya.

“Kita tak dapat nak jangka lagi, apa pun tunggu makluman atau kenyataan seterusnya daripada Menteri Agama.

“Tapi kita tetap buat persediaan, akan buat mesyuarat dengan kakitangan, selain kita tunggu makluman lanjut daripada Kementerian Luar atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan akan memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan ketegangan terkini di Asia Barat – Alif Omar/Scoop, 17 April, 2024

“Sekarang ini tak berani nak ulas, sebab perkara (konflik) baru berlaku. Apa pun kita tidak boleh bagi jaminan apa-apa kerana perlu lihat keadaan semasa konflik,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan akan memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan ketegangan terkini di Asia Barat.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Wisma Putra, Motac termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akibat ketegangan yang berlaku.

Jelasnya, setakat ini, Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti dirancang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, konflik yang tercetus setakat ini tidak memberi kesan kepada perjalanan mengerjakan umrah jemaah di negara ini.

Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, konflik yang tercetus setakat ini tidak memberi kesan kepada perjalanan mengerjakan umrah jemaah di negara ini – Gambar laman web Papuh, 17 April, 2024

“Setakat ini tidak ada terima aduan atau makluman ada pembatalan oleh jemaah untuk mengerjakan umrah dari mana-mana pengendali disebabkan konflik terbabit.

“Apa pun kita tunggu makluman lanjut daripada kerajaan, bagi syarikat pelancongan umrah dan haji, kita tak berdepan masalah,” katanya. – 17 April, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related