◉ HEADLINES

3 ditahan kes pemerasan, larikan pekerja perunding hutang

Suspek turut mengambil wang tunai milik pekerja itu sebanyak RM2,000 dan menghubungi pengadu untuk meminta wang sebanyak RM7,000 bagi tujuan melepaskan mangsa

11:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan dan melarikan seorang pekerja perunding hutang di Puncak Alam, Selangor kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki berhubung perkara itu pada jam 10.46 malam, Selasa lalu.

“Lelaki itu menyatakan bahawa pekerjanya berusia lingkungan 20-an telah berjumpa dengan seorang wanita berkaitan dengan pembayaran hutang milik syarikat pengadu.

“Pekerjanya kemudian menghubungi pengadu menyatakan bahawa dia ditahan, dipukul, diikat dan dilarikan oleh beberapa individu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hafiz berkata, suspek turut mengambil wang tunai milik pekerja itu sebanyak RM2,000 dan menghubungi pengadu untuk meminta wang sebanyak RM7,000 bagi tujuan melepaskan mangsa.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menyerbu sebuah premis di Puncak Alam pada jam 1.20 pagi, Rabu dan menjumpai mangsa berada dalam tahanan suspek.

“Dalam serbuan tersebut, kami berjaya memberkas tiga lelaki berusia 30-an hingga 40-an.

“Kami turut merampas sebuah kereta jenis Honda, dua telefon bimbit milik mangsa serta suspek dan sekeping kad bank,” katanya.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan satu rekod narkotik

Katanya, pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pengawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Amirul Amin Shukor di talian 013-699 5290,” katanya. – 18 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related