Ucapan Pang kutuk BN adalah video lama

Dalam video itu, Pang turut membandingkan antara Anthony Loke dan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika menjadi Menteri Pengangkutan

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Klip ucapan calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional (BN), yang kini tular di media sosial, adalah video lama iaitu pada 2022.

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata ia adalah ucapan Pang semasa berkempen bagi calon PH Kulai justeru beliau meminta MCA supaya lebih matang.

“Banyak lagi video pemimpin DAP yang mengutuk BN dan MCA. Saya percaya banyak juga video pemimpin BN yang mengutuk PH dan DAP.

“Tetapi apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk, sebagai pemimpin yang matang, kita perlu ‘move forward’ dan terus bekerja untuk berikan yang terbaik untuk pastikan kejayaan Kerajaan Perpaduan.

“Perbuatan ini amat memalukan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini sambil memaklumkan ia adalah ucapan Pang ketika berkempen untuk beliau semasa Pilihan Raya Umum (PRU-15) bagi Parlimen Kulai pada 2022.

Meskipun penamaan calon di PRK di KKB akan diadakan esok, tapi bahang kempen sudah mula terasa. Video berkenaan dimuatnaik oleh Ketua Pemuda MCA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng.

Menerusi video berdurasi 1.47 minit itu, Pang yang berucap dalam bahasa Mandarin mengutuk pemerintahan BN selama 60 tahun yang didakwa gagal mentadbir negara. Kempen PRK di KKB

Justeru, katanya PH harus diberikan peluang mentadbir negara.

Pang turut membandingkan antara Anthony Loke dan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika menjadi Menteri Pengangkutan.

“Berbanding Anthony Loke dan Wee Ka Siong, siapa boleh membangunkan Pengangkutan Malaysia dengan baik.

“BN menjadi kerajaan 60 tahun, menjadikan semua rakyat Malaysia tiada harapan. Salah bukan rakyat, salah ini kerana Barisan Nasional,’’ katanya sambil membandingkan dengan Singapura.

Pang Sock Tao, setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diumum sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Beliau akan berdepan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut, 54, yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu, akibat kanser.

Pada pertandingan empat penjuru Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Kee Hiong memenangi kerusi dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – 26 April, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related