Kuota haji sudah dipenuhi, penerbangan pertama 9 Mei ini

Jadi setelah mengambil kira permohonan dikemukakan perayu, maka jumlah (kuota) 31,600 telah dipenuhi

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kuota jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi sudah dipenuhi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, jumlah tersebut termasuk mereka yang membuat rayuan untuk menunaikan haji musim ini.

“Jadi setelah mengambil kira permohonan dikemukakan perayu, maka jumlah (kuota) 31,600 telah dipenuhi.

“InsyaAllah dalam 9 Mei ini, kapal terbang membawa jemaah haji pertama Malaysia akan berangkat ke Tanah Suci,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di sini, hari ini.

Menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai jawatankuasa khas untuk meneliti setiap permohonan rayuan haji.

“Semua perayu sudah dimaklumkan. Malah dalam surat rayuan haji sudah disebut kalau tidak menerima sebarang panggilan pada tarikh ditetapkan, maka dianggap rayuan itu gagal.

“Jadi kita memahami jumlah agak ramai yang berhasrat untuk menunaikan haji. Tetapi sudah tentu kita ada kekangan sebab jumlah (kuota) diberikan kepada TH sudah ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim ini

Katanya, permohonan rayuan haji yang dibuka pada 26 Januari lepas itu, ditutup 8 Mei ini.

“Kita masih lagi melihat jika ada kekosongan (kuota) dan kita akan mengisi dengan permohonan rayuan yang ada.

“Dari segi kekosongan ia agak terhad, jadi kita akan utamakan rayuan mahram dahulu,” katanya. – 4 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related