HEADLINES

Bas dari Thailand boleh masuki semua negeri: Anthony Loke

Ia diputusan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk

11:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bas dari Thailand kini dibenarkan memasuki semua negeri di Malaysia bagi menarik lebih banyak pelancong, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, kebenaran itu tidak terhad kepada negeri-negeri berhampiran sempadan sahaja namun mereka perlu memohon permit sementara daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Ia diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk.

“Namun bas dari Thailand itu perlu mengemukakan maklumat tertentu termasuk pakej pelancongan yang diambil dan bilangan penumpang serta lokasi penginapan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Operasi Fasa 1 bagi Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, hari ini.

Pada Mac lalu, empat negeri bersempadan dengan Thailand iaitu Kedah, Perak, Perlis dan Kelantan memohon Kementerian Pengangkutan (MOT) agar membenarkan bas pelancong negara jiran masuk ke negeri berkenaan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, langkah itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan merancakkan lagi ekonomi di negeri-negeri sempadan.

Pada April lalu, Kamaruddin memaklumkan kerajaan memutuskan bas pelancongan dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan berkuat kuasa 24 April lalu dan keputusan itu diputuskan dalam pertemuan beliau dengan Anthony Loke. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related