◉ HEADLINES

Pramugari MAS meninggal dunia di Jepun

Norzana Hanim Hamzah sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, dan dijadual mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

11:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pramugari syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines), Norzana Hanim Hamzah meninggal dunia ketika sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Menurut Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin, A Fly Guy’s Cabin Crew Lounge, kejadian itu dilaporkan berlaku pagi tadi.

“Punca kematian masih belum dipastikan, namun laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH menyatakan dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,’’ kata Facebook terbabit.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines, berkata, anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah, seperti dipetik dari Buletin TV3.

Syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan dijadual mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini,’’ katanya.

Sementara itu, bekas rakan-rakan sekerja Norzana merakamkan kesedihan menerusi hantaran di media sosial.

Salah seorang adalah Oza Emir, yang mendoakan supaya urusan membawa pulang jenazah arwah akan dipermudahkan.

“Pemergian mengejut seorang bekas rakan sekerja waktu di MAS. Moga Allah menerima segala amal ibadatnya dan muliakan kematiannya serta memudahkan urusan membawa pulang jenazahnya. Alfatihah buat Norzana Hanim Hamzah,’’ katanya. – 20 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Maybank experiencing intermittent slowness affecting duitnow services

Maybank said that some transactions may take longer than usual or are temporarily unavailable

GRS, PH, BN and Warisan in race to form Sabah government as negotiations heat up

With UPKO, KDM, STAR, and independents holding the balance of power, a new coalition is set to emerge after a closely contested election

PM umum tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini, kerajaan ambil langkah berjimat

Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana, kata Anwar

◉ Related