HEADLINES

747 pegawai perubatan ditempatkan di semua negeri atasi bebanan kerja

Penempatan itu penting agar mereka mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengamal dengan selamat

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 747 pegawai perubatan yang tamat menjalani latihan siswazah sudah ditempatkan di fasiliti kesihatan seluruh negara pada bulan ini bagi menampung kekurangan kakitangan sedia ada.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, penempatan itu bertujuan memberikan latihan supaya mereka mendapat pendedahan dan latihan klinikal yang mencukupi.

Menurutnya, penempatan itu juga penting agar mereka mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengamal dengan selamat.

“KKM amat memahami cabaran yang dihadapi oleh petugas kesihatan di seluruh negara dalam menghadapi peningkatan bebanan kerja. Beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

“KKM turut mengarahkan semua Pengarah Hospital untuk memastikan kebajikan semua petugas kesihatan terpelihara walaupun tahap pengisian PPS di hospital-hospital masih dalam proses penambahbaikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, KKM memaklumkan turut memutuskan untuk membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital lain selain daripada hospital negeri.

Katanya, keputusan tersebut dibuat memandangkan peratus pengisian slot PPS tersebut telah bertambah baik dan tawaran penempatan itu dilaksanakan menerusi sistem e-houseman pada 13 Mei lalu melibatkan 792 calon.

Sebelum ini, KKM memutuskan pada awal tahun ini agar penempatan dibuka kepada hospital negeri sahaja disebabkan pelantikan PPS didapati semakin menurun dan pengisian slot PPS di hospital negeri turut berkurangan.

“Sehingga April 2024, KKM telah melaksanakan dua siri lantikan baharu PPS yang melibatkan seramai 701 orang pada siri lantikan pertama, dan 803 orang pada siri lantikan kedua.

“Bagi siri lantikan seterusnya, penempatan PPS di hospital-hospital lain akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa berdasarkan bilangan calon yang diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta faktor-faktor lain berkaitan,” katanya. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related