HEADLINES

Boikot tidak selari dengan sunnah Rasulullah: Mimbar

Mimbar turut memetik pendapat penganalisis ekonomi bahawa boikot berasaskan emosi tidak menyelesaikan masalah sebenar

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbuatan memboikot terhadap sesuatu kaum sebenarnya tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW, demikian tegas mimbar hari ini.

Perkara ini disentuh dalam teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) bertajuk ‘Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara’.

Mimbar menyentuh mengenai bagaimana Rasulullah SAW membentuk piagam Madinah bagi mengatur hubungan pelbagai kaum dalam negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah.

“Piagam Madinah menyamaratakan hak dan tanggungjawab antara warga Muslim dan bukan Muslim. Piagam Madinah menyatakan bahawa warga bukan Muslim membentuk satu ‘ummah’ bersama umat Islam.

Mimbar hari ini menyentuh tentang bagaimana Piagam Madinah yang dibuat oleh Rasulullah SAW membolehkan warga Muslim dan bukan Muslim bersama membentuk satu ‘ummah’. Gambar sekadar hiasan – Gambar fail Scoop, 24 Mei, 2024

“Oleh itu, diri dan harta benda warga bukan Muslim diberikan perlindungan yang sama seperti harta benda warga Muslim.

“Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW melarang sebarang perbuatan yang menjerumuskan ke arah perbuatan tidak berlaku adil terhadap bukan Muslim,’’ katanya.

Hadis itu bermaksud: Sesiapa yang menzalimi orang kafir (yang menjalin perjanjian dengan Islam) atau mengurangi haknya atau membebaninya atas kemampuannya atau mengambil darinya sesuatu yang tidak ia relakan maka aku adalah musuhnya pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud).

Mimbar turut menyatakan padangan penganalisis ekonomi bagaimana boikot berasaskan emosi tidak menyelesaikan masalah sebenar sebaliknya akan menyebabkan perniagaan yang disasarkan itu bukan sahaja mengalami penurunan jualan dan keuntungan, malah berhadapan risiko rugi.

“Akibatnya gaji pekerja terpaksa dikurangkan, lebih malang apabila urus niaga terpaksa ditutup, pekerja hilang pekerjaan. Dilaporkan ramai pekerja dan majoritinya pekerja Islam yang terjejas susulan tindakan boikot,’’ katanya.

Justeru, mimbar mengajak umat Islam mengambil tindakan proaktif dengan bertindak secara rasional, segera lapor kepada pihak berkuasa agar tindakan pembaikan dilakukan serta menghindarkan diri dipengaruhi emosi untuk bertindak secara bersendirian yang bercanggah dengan undang-undang.

Mimbar mengajak umat Islam mengambil tindakan proaktif dengan bertindak secara rasional, segera lapor kepada pihak berkuasa agar tindakan pembaikan dilakukan. Gambar sekadar hiasan – Azim Rahman/Scoop, 24 Mei, 2024

Pihak penguatkuasa juga, katanya, wajib tegas dan pantas mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

“Kelewatan atau kelemahan tindakan boleh mengundang keresahan orang awam sekali gus mencetuskan perbuatan yang menjejaskan ketenteraman awam.

“Umat Islam wajib terus berdakwah dan menampilkan wajah Islam yang indah lagi menarik ketika menjalankan kerja-kerja dakwah selain memberikan peringatan nasihat kepada bukan Islam supaya lebih sensitif terhadap agama Islam dan menghormati budaya umat Islam, demi memastikan hubungan harmoni antara agama dan kaum tidak terjejas,’’ katanya. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related