◉ HEADLINES

Balai polis terpencil, jam 9 malam tutup pagar: Razarudin

Anggota polis juga diingatkan untuk meningkatkan tahap kepekaan mereka dengan perkara yang berlaku di sekeliling kawasan balai polis

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melihat keperluan dari segi keselamatan anggota bertugas di balai polis terutama kawasan terpencil termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan sekitar kawasan terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia cadangan hasil mesyuarat yang diadakan pihaknya semalam susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu.

“Mesyuarat semalam adalah untuk menentukan kesiapsiagaan anggota kita dan juga apa yang perlu daripada segi logistiknya.

“(Antaranya) letak CCTV ke, lihat balik lampu parameter kita yang tidak terang. Bagi balai terpencil, kadang-kadang yang bertugas pada satu masa itu dua orang sahaja.

“Kita arahkan balai terpencil ini pada waktu malam pukul 9, tutup pagar dan anggota akan ada di depan, (yang nak berurusan) boleh bagi kad pengenalan,” katanya pada sidang media di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota polis juga diingatkan untuk meningkatkan tahap kepekaan mereka dengan perkara yang berlaku di sekeliling kawasan balai polis.

“Kalau kita lihat anggota kita buat lebih kurang (tidak peka) itu adalah ancaman kepada nyawa.

“Kita selalu sebut tentang kebajikan, tapi sekarang kena sebut kebajikan serta keselamatan anggota (perlu jadi keutamaan),” katanya.

Dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi 17 Mei lalu, tiga orang disahkan maut melibatkan dua anggota polis serta suspek, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera. – 24 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

MIH Megatrends 2024 pamerkan kesan masa lalu dan masa depan kemajuan teknologi kepada penjagaan kesihatan: Fahmi

Menteri Komunikasi juga berkata acara itu boleh melihat kepada penyelesaian yang dibantu oleh perkembangan teknologi yang dimajukan MCMC

◉ Related