◉ HEADLINES

Remaja sesat ketika daki Bukit Broga meninggal dunia terjatuh gaung

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 2.50 petang tadi

6:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter selepas tersesat ketika mendaki Bukit Broga di Semenyih, semalam.

Adi Putra Affendi ditemukan kira-kira jam 2.50 petang tadi oleh pasukan bomba yang menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa yang digerakkan petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.08 petang semalam.

“Maklumat awal yang diterima oleh pemanggil dipercayai penjaga yang memberitahu mangsa sesat semasa sedang menjalankan aktiviti riadah bersamanya dan dua rakan di Bukit Broga.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih digerakan bagi menyelaras gerakan mencari dan menyelamat bersama-sama agensi bantuan lain seperti polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pasukan bomba sukarela Serdang.

“Gerakan mencari dan menyelamat ini merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer menggunakan kaedah ‘sweeping searching’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adi Putra Affendi ditemukan kira-kira jam 2.50 petang tadi oleh pasukan bomba yang menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa yang digerakkan petang semalam. – Gambar Facebook, 28 Mei, 2024

Menurutnya lagi, operasi pencarian pada hari pertama semalam ditangguhkan pada jam 2.30 pagi selepas gagal menemui mangsa sebelum usaha itu digerakkan semula pagi tadi.

“Pada jam 2.50 petang tadi, pasukan penyelamat menjumpai mangsa pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga.

“Mangsa juga dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.42 petang,” katanya. – 28 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related