HEADLINES

Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung

Pihak polis akan menggunakan tempoh enam hari itu untuk meneruskan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut

2:05 PM MYT

 

KAJANG — Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lepas, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian.

“Terdapat perkara yang tidak konsisten yang perlu diselesaikan. Sebab itu kita perlukan enam hari lagi untuk siasatan lanjut dan menyelesaikan sebarang percanggahan sehingga kita berpuas hati dengan hasilnya. 

“Tidak konsisten daripada kedua ibu bapanya dan saksi-saksi lain…yang ini, tidak boleh diperincikan sebab dalam siasatan,” katanya kepada media selepas merasmikan Taman Angkat Aman Wanita (AMANITA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2024 di Taman Rakan di sini hari ini.

Datuk Hussein Omar Khan berkata selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian – Alif Omar/Scoop, 8 Jun, 2024

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan tempoh enam hari itu untuk meneruskan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.  

“Mungkin ada lagi tindakan yang melibatkan orang lain ataupun perkara lain yang tidak melibatkan ibu bapa ini,” katanya.

Semalam, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu depan (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu. 

Tempoh reman selama tujuh hari terhadap pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu sebelum ini, tamat semalam. 

Pasangan suami isteri berkenaan ditahan pada 10.05 pagi 31 Mei lepas di Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  

Pada 6 Disember lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, sehari selepas polis menerima laporan kehilangannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related