◉ HEADLINES

Permohonan kewarganegaraan tak ubah demografi 70% Melayu-Bumi di Malaysia: Syahredzan

Bukan semua permohonan kewarganegaraan adalah Cina sebaliknya ia adalah kes legit, bukan pelancong China seperti yang digemburkan oleh pembangkang

12:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demografi Malaysia dengan 70% Melayu-Bumiputera tidak akan berubah status dengan permohonan kewarganegaraan, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Malah, katanya, bukan semua permohonan kewarganegaraan adalah Cina sebaliknya ia adalah kes legit, bukan pelancong China seperti yang digemburkan oleh pembangkang.

“Ramai yang ada asas untuk dapat kewarganegaraan. Ada yang memang tinggal sini, tapi sebab dokumentasi masih tak dapat kad pengenalan biru. Ada yang anak angkat, mak bapak Malaysia dan mahu jadikan anak Malaysia.

“ Ada anak lahir kepada ibu Malaysia, tapi sebab tak daftar perkahwinan maka anak tak boleh dapat warganegara melalui kuatkuasa undang-undang.

“Dan setiap permohonan kena ada bukti dokumentasi sokongan yang ramai tidak tahu. Program macam ini bagitahu apa yang diperlukan,’’ katanya.

Beliau memberitahu setiap permohonan akan diteliti oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan ia teratur sebelum dihantar kepada Menteri.

“Otak rasis. (Kalau berani datang saya tunjuk berapa banyak permohonan kami dapat, bukan individual kes, untuk lindungi privasi dan data peribadi),” cabarnya.

Terdahulu taklimat dan penerangan kewarganegaraan yang dijadualkan pada 30 Jun ini di Johor Bahru ditangguhkan, di sebalik bantahan dan kecaman ramai berhubung penganjurannya.

Meskipun tiada penjelasan diberikan di sebalik pengangguhannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) Stulang, Andrew Chen Kah Eng berharap tiada pihak yang akan membuat sebarang spekulasi berikutan salah faham yang timbul dari poster mereka.

Syahredzan turut melahirkan rasa sedih apabila isu kewarganegaraan yang memberikan impak kepada kehidupan rakyat biasa dipolitikkan dan dibaluti dengan perkauman.

“Isu kewarganegaraan ini real – dan memberi impak pada kehidupan orang. Contohnya, isu anak kepada bapa bukan warganegara sampai masuk Mahkamah, dan mengharuskan pindaan Perlembagaan,” katanya. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related