HEADLINES

PM China lawat Malaysia mulai hari ini sempena hubungan jubli emas

Malaysia-China akan bertukar MoU dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang akan bertukar memorandum persefahaman (Mou) serta persetujuan dalam pelbagai bidang, sebagai antara pengisian ketika lawatan pemimpin republik berkenaan ke Malaysia bermula hari ini hingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, bidang itu termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.

Katanya, lawatan tiga hari Qiang itu, bagi terus memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang memasuki tempoh jubli emas pada 2024.

“Semasa lawatan terbabit, Qiang akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar untuk membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

“Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya.

Kementerian itu memaklumkan, kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 ‘persahabatan dan kerjasama erat’ kedua-dua negara.

“Qiang juga akan mengadakan Kunjungan Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Mereka berdua dijadual menghadiri majlis upacara pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) di Gombak, selain makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara,” katanya.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut dari tahun 2009.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara adalah sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).

Hubungan diplomatik Malaysia dan China bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun 2013.

Kini, hubungan diplomatik kedua-dua negara memasuki 50 tahun, berikutan Kenyataan Bersama ditandatangani Perdana Menteri Ke-2, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri China, Chou En Lai pada 31 Mei 1974. – 18 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related