◉ HEADLINES

Kempen PN caca merba, banyak tumpu isu nasional berbanding masalah penduduk Sungai Bakap

Isu berkait dengan rakyat (penduduk Sungai Bakap) seperti masalah air dan kualiti jalan raya tidak disentuh oleh PN

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seminggu berlalu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Perikatan Nasional (PN) dilihat bagaikan hilang punca dan tidak kompeten mendalami permasalahan penduduk di kawasan itu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, calon PN, Abidin Ismail lebih banyak menumpukan kepada isu nasional sehingga perkara itu menjadi perdebatan dalam kalangan penduduk setempat.

“PN (dilihat) tidak mempunyai kempen bersepadu dan teratur untuk pilihan raya kecil ini. Isu berkait dengan rakyat (penduduk Sungai Bakap) seperti masalah air dan kualiti jalan raya tidak disentuh oleh PN.

“Saya yakin mereka sendiri tidak pasti (dengan kebolehan calon) Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) sejak pilihan raya lepas lagi sehingga ia menjadi buah mulut pengundi di sini.

“Nampak (seperti) hilang punca (yang mana) kebanyakannya isu nasional yang terus dimainkan (PN dalam kempen mereka),” katanya pada sidang media jentera kempen PH di Sungai Bakap, hari ini.

Pada masa sama, Rafizi turut mencabar PN untuk membentangkan prestasi perkhidmatan mereka sepanjang bergelar wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya juga cabar PN untuk bentangkan prestasi mereka selama menjadi wakil rakyat di sini kerana nampak mereka cuba mengelak (bercerita soal prestasi dan kemajuan di Sungai Bakap) sejak wakil rakyat di sini.

“Segala mesej yang disampaikan (dalam kempen dan ceramah) caca-marba (dari) mengikut isu rasional kepada pengundi Sungai Bakap,” katanya.

Sementara itu, Rafizi memuji perjalanan jentera kempen PH yang bergerak lancar dan mengikut perancangan seperti ditetapkan termasuk memberi tumpuan untuk ‘memikat hati’ pengundi atas pagar.

Katanya, inti pati kempen yang lebih dekat kepada masyarakat setempat menjadi formula mereka bagi menambat hati pengundi agar kemenangan berpihak kepada calon PH, Joohari Ariffin.

“Koordinasi berjalan dengan baik untuk minggu pertama dan daripada maklumat dan laporan diterima, Alhamdulillah kempen Perpaduan di Sungai Bakap berjaya atasi beberapa kelemahan lalu.

“Pergerakan calon Joohari juga lebih lancar dan cepat berbanding calon lawan… (Joohari) ada 25 hingga 30 program setiap hari.

“Sokongan ditunjukkan pengundi cukup memberansangkan, rasa sangat teruja kempen berjalan dengan cukup drastik dan baik,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. – 29 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related