HEADLINES

Noh Omar masuk Bersatu kerana Najib? ‘Alasan low class’: Puad

Katanya, keputusan Noh itu kerana beliau mengidam menjadi calon Parlimen Tanjung Karang kerana yakin kerusi berkenaan dikosongkan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Alasan diberikan Tan Sri Noh Omar bahawa beliau menyertai Bersatu kerana kecewa dengan nasib menimpa Datuk Seri Najib Razak dianggap ‘low class’ atau ‘kelas rendah’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa, keputusan Noh itu sebenarnya kerana beliau mengidam menjadi calon Parlimen Tanjung Karang kerana yakin kerusi berkenaan dikosongkan.

Malah, katanya, alasan dinyatakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu menunjukkan beliau sanggup menjual nama Najib demi melompat ke Bersatu.

“Noh masuk Bersatu kerana kecewa permohonan Najib ditolak mahkamah dua hari lalu. Sanggup jual nama Najib untuk lompat parti. Low class punya alasan.

“Noh bukan die hard (peminat setia) Najib. Apa dia boleh buat untuk membela Najib kalau masuk Bersatu?” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Puad berkata, hakikatnya, Bersatu adalah parti yang mendambakan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Bersatu lagi kuat mahu Najib dipenjarakan. Lagi lama ditahan lagi bagus,” katanya.

Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Noh sebenarnya mengidam untuk menjadi calon Parlimen Tanjung Karang kerana yakin kerusi berkenaan akan dikosongkan. – Gambar Bernama, 5 Julai, 2024

Semalam, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang dan dipecat daripada Umno pada 2023 atas kesalahan melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), membuat pengumuman mengejutkan bahawa beliau menyertai Bersatu.

Noh berkata, beliau menyertai Bersatu menerusi permohonan dalam talian kelmarin dengan mengisi borang dan terus diterima.

Menurut Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, keputusan terbabit dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa Najib yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib yang juga Presiden Umno memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan, bagi memaksa penzahiran titah adendum dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk membolehkannya menjalani tahanan di rumah. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related