HEADLINES

Peniaga minta MPKj tangguh kutip bayaran sewa tapak di Laman Niaga ‘baik pulih dulu fasiliti’

Kawasan itu tidak sesuai untuk menjalankan perniagaan apatah lagi keadaan fasiliti yang menyedihkan termasuk jalan tidak bertar dan air bertakung apabila hujan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peniaga-peniaga di Laman Niaga MPKj Bandar Seri Putra, Kajang menggesa pihak berkuasa membaik pulih dan menyediakan fasiliti di kawasan berkenaan terlebih dahulu sebelum mengutip bayaran sewa tapak kepada mereka.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaga Laman Niaga berkenaan, Mohamad Fudhail Abdul Razak ketika dihubungi Scoop berkata, ini kerana kawasan itu tidak sesuai untuk menjalankan perniagaan apatah lagi keadaan fasiliti yang menyedihkan termasuk jalan tidak bertar dan air bertakung apabila hujan.

Jelasnya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sepatutnya menyelesaikan isu tersebut bagi memberikan keselesaan kepada peniaga dan pelanggan.

“MPKj masih meminta kami membayar sewa tapak niaga ini sedangkan kami tidak mendapat untung yang banyak.

“Apabila kami bertanya mengenai perkembangan (baik pulih), jawapan yang diterima adalah seperti biasa iaitu masih dalam proses.

“Masalah utama adalah setiap kali hujan, air berlopak, jadi siapa yang nak datang membeli di sini,’’ katanya kepada Scoop.

Jelasnya, kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di situ sejak September tahun lalu namun malangnya selepas hampir setahun, keadaan masih sama dan tiada perubahan.

Mengikut perancangan awal, kata Fudhail, mereka sepatutnya boleh berniaga sehingga jam 11 malam tetapi dengan keadaan tempat yang tidak sesuai itu, peniaga terpaksa menutup perniagaan lebih awal iaitu sehingga petang sahaja.

“Jika tiada orang yang datang, tiada guna kami buka kedai sehingga malam,’’ katanya kecewa.

Justeru Fudhail berkata, MPKj perlu mempertimbangkan untuk menangguhkan pelaksanaan bayaran kepada peniaga di situ apatah lagi selepas mereka mengalami kerugian susulan ribut pada minggu lalu, hingga menyebabkan kerosakan pada khemah dan peralatan niaga mereka.

Pada 12 Julai lalu, lebih 20 peniaga pasar malam terjejas selepas khemah di tapak jualan mereka mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Laman Niaga Bandar Seri Putra, di Bangi.

Ia menyebabkan peralatan jualan peniaga seperti meja, khemah, kain rentang dan peralatan dapur mengalami kerosakan. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related