â—‰ HEADLINES

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang ini

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Melaka manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.05 petang, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Melaka manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama diramal melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Bagi Pantai Timur, kawasan terjejas di Kelantan adalah Jeli, Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) manakala Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin).

Selain itu, kawasan terjejas di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – 11 November, 2024

Topics

 

â—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

â—‰ Related