◉ HEADLINES

Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur: Fahmi

Senat Australia bulan lalu meluluskan undang-undang melarang kanak-kanak serta remaja menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia berbuat demikian

6:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sekiranya mereka gagal berbuat demikian, satu perbincangan akan dilakukan bagi menentukan langkah terbaik mengenainya.

“Semua platform pada waktu ini (seperti) Facebook, TikTok, Instagram, X, mereka memang dalam ‘community standard’ ataupun ‘community guideline’, masing-masing mengehadkan hanya yang berumur 13 tahun ke atas boleh membuka akaun dalam platform media sosial.

“Jadi penegasan yang kita akan lakukan ialah, melihat bagaimana platform-platform melakukan verifikasi pengesahan umur bagi pengguna-pengguna ini… Kita akan lihat sama ada mereka boleh melaksanakan ataupun tidak. Jika tidak, kita akan lakukan perbincangan selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Jelajah Peduli Ummah’ di sini, hari ini.

Senat Australia pada hujung bulan lepas meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak serta remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian dan kerajaan Indonesia juga dilapor sedang menimbang untuk mengikut jejak langkah Australia melaksanakan larangan tersebut.

Sementara itu Fahmi berkata pindaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) akan membolehkan dua bentuk kesalahan iaitu pedofilia dan jualan pornografi dalam talian sebagai kesalahan yang boleh ditahan.

“Pindaan ini akan membantu memastikan penjenayah yang terlibat dalam penjualan pornografi dan juga pedofil yang menyimpan bahan-bahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, dapat ditahan dan ditangkap oleh polis.

“… setelah lebih dua tahun kita mengkaji prosesnya, kita membuat keputusan untuk menjadikan beberapa kesalahan lebih berat hukumannya, lebih tegas tindakan yang boleh diambil, manakala bagi aspek kebebasan bersuara lebih terperinci dan tidak mudah untuk disalah guna pada masa depan,” katanya. – 8 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

HSBC, Public Bank offer interest-free moratorium to families of 54 Malaysians missing in Nepal

MASFIH seeks urgent talks with the Attorney General’s Chambers and Wisma Putra as families mark 50 days since the disaster, seeking financial relief, legal clarity and updates on the verification process

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related