HEADLINES

Rasuah Adun Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu, termasuk pemberi maklumat

Sesi merakam percakapan semua individu berkenaan telah selesai pada Sabtu lepas

6:19 PM MYT

 

PETALING JAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah melibatkan ADUN di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi merakam percakapan semua individu berkenaan telah selesai pada Sabtu lepas.

Namun, Azam memaklumkan sehingga hari ini pemberi maklumat tersebut enggan menyerahkan apa-apa bukti yang dimilikinya kerana masih menuntut perlindungan imuniti daripada dikenakan sebarang dakwaan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga telah menerima laporan terhadap pemberi maklumat itu yang didakwa bersekongkol dengan seorang pegawai dari Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu penerokaan mineral.

“Oleh itu, ketika ini kami sedang menyiasat dua kes secara adil dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM mengesahkan bahawa seorang pemberi maklumat berkenaan kes klip video yang memaparkan beberapa ADUN membincangkan isu rasuah telah berjumpa dengan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Oktober lalu.

Ketika pertemuan tersebut, peguam kepada pemberi maklumat itu hanya memainkan rakaman audio berdurasi 17 saat yang memperdengarkan perbincangan beberapa individu mengenai sejumlah wang.

Azam menggesa pemberi maklumat itu untuk membuat laporan rasmi kepada SPRM bagi membolehkan proses perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dimulakan. – 9 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related