HEADLINES

ONSA tingkatkan tanggungjawab platform digital lindungi rakyat daripada ancaman siber: KPN

Berdasarkan rekod PDRM, rakyat Malaysia menanggung kerugian sebanyak RM2.77 bilion akibat jenayah penipuan dalam talian dari Januari 2023 hingga November 2025

6:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menyokong penuh pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) demi kesejahteraan masyarakat terutama ketika ancaman jenayah dalam talian semakin serius dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata akta itu merupakan kerangka perundangan baharu yang memperkukuh keselamatan pengguna dan meningkatkan tanggungjawab platform digital dalam melindungi rakyat daripada ancaman siber.

“Berdasarkan rekod PDRM, rakyat Malaysia menanggung kerugian sebanyak RM2.77 bilion akibat jenayah penipuan dalam talian dari Januari 2023 hingga November 2025.

“Dalam tempoh yang sama, kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian turut menunjukkan peningkatan membimbangkan, dengan 688 kes dicatatkan dari Januari 2021 hingga November 2025.

“Manakala kes berkaitan Child Sexual Abuse Material (CSAM) merekodkan sebanyak 351 kes dari Januari 2021 hingga Oktober 2025,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
.
Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya memaklumkan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bermula hari ini menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

Menurut MCMC, ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian, termasuk pelaksanaan langkah keselamatan mengikut tahap risiko, perlindungan khusus untuk kanak-kanak serta mekanisme pelaporan dan bantuan kepada pengguna.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pelaksanaan ONSA merupakan langkah penting bagi memastikan platform digital bertanggungjawab dalam mengekang penyebaran kandungan berbahaya, menutup ruang operasi penjenayah siber serta memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan kandungan ekstremisme.

Pendekatan ini, ujar beliau, selaras dengan komitmen untuk melindungi rakyat dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan.

“PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan MCMC, kementerian berkaitan serta penyedia platform digital melalui pendekatan whole-of-government, bagi memastikan tindakan terhadap jenayah siber dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.

“Seiring pelaksanaan ONSA, PDRM akan terus komited memperkukuh kesiapsiagaan dalaman melalui peningkatan keupayaan pemantauan digital, penambahbaikan proses siasatan serta pengukuhan perkongsian maklumat strategik tanpa mendedahkan butiran operasi yang boleh menjejaskan keselamatan,’’ katanya.

Beliau menambah, polis yakin ONSA akan memperkukuh perlindungan kepada pengguna, meningkatkan integriti ruang digital negara serta memastikan keselamatan generasi masa hadapan dalam menghadapi landskap siber yang semakin kompleks. – 1 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related