HEADLINES

Saman fitnah Anwar terhadap Ahli Parlimen PAS Pendang dijadual semula pada 2026

Tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 20 dan 23 Januari serta 12 dan 13 Februari ini terpaksa dilapangkan kerana Perdana Menteri mempunyai urusan rasmi di luar negara

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perbicaraan kes saman fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, yang bermula 20 Januari ini dijadualkan semula ke Oktober 2026.

Menurut peguam Anwar, Datuk SN Nair, tarikh baharu yang ditetapkan ialah 26 hingga 29 Oktober pada tahun hadapan.

Jelasnya, tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 20 dan 23 Januari serta 12 dan 13 Februari ini terpaksa dilapangkan kerana Perdana Menteri mempunyai urusan rasmi di luar negara.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 26 hingga 29 Okt 2026. Plaintif (Anwar) akan menjadi saksi tunggal dalam perbicaraan kes saman ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata pemberita selepas pengurusan kes dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Sementara itu, peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Awang Solahuddin mengesahkan tarikh baharu perbicaraan itu dan memaklumkan pihak defendan akan mengemukakan tiga saksi.

Pada 3 Mac 2023, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Awang Solahuddin atas kenyataan yang didakwanya sebagai fitnah yang dibuat oleh defendan di lobi Parlimen semasa menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 21 Februari 2023.

Menurut Anwar, kenyataan itu yang dirakam dalam format audio dan video telah didedahkan kepada orang ramai.

Beliau berkata kenyataan itu antaranya membawa maksud beliau yang mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam telah menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya memberi arahan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk mencapai agenda politik peribadi.

Anwar mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.

Beliau berkata kenyataan fitnah itu memusnahkan reputasinya sebagai pemimpin yang dihormati di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, Anwar menuntut antaranya ganti rugi am, teruk, teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalang defendan, ejen atau wakilnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan yang didakwanya sebagai fitnah itu. – 3 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related