HEADLINES

Datuk Bandar KL diarah percepat siasatan dakwaan tular salah laku berkaitan projek RM4 juta: Zaliha

Menteri Wilayah Persekutuan beri amaran bahawa tindakan tegas akan diambil jika ada pelanggaran tata kelola

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sudah diarah untuk mempercepatkan siasatan dalaman membabitkan dakwaan salah laku pemberian projek bernilai RM4 juta. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya juga terbuka jika siasatan ingin dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan terhadap dakwaan itu. 

“Jika terdapat sebarang pelanggaran tata kelola, tindakan tegas akan diambil. 

“Kerjasama sepenuhnya akan diberikan sekiranya ada siasatan ingin dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. 

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang berlaku. 

“Terutamanya jika ia melibatkan mana-mana agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. 

Beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL bagi menyiasat dakwaan itu. 

Selain itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan turut sedia membantu DBKL dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku pemberian projek itu. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu. 

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat itu mula tular di media sosial sejak semalam. 

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka. 

Menurut dakwaan di media sosial, ahli lembaga penasihat tersebut dikatakan memegang jawatan dalam syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan. – 29 Januari, 2025 

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Related