◉ HEADLINES

‘Saya hormat ulama agama, bukan ulama politik,’ Zahid

Zahid berkata golongan yang menyeleweng, menyongsang dan membuat fatwa mengikut rasa hati perlu ditolak

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati ulama agama namun bukan ulama politik.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak atau parti, Timbalan Perdana Menteri berkata golongan berkenaan sering memberikan tafsiran yang berbeza meskipun nas al-Quran, hadis dan terjemahan yang sama.

Justeru, katanya kumpulan atau tokoh berkenaan perlu ditolak kerana memberikan gambaran menunggang agama.

“Kalau nak berpolitik buat cara politik. Jika mahu berdakwah, buat cara dakwah tetapi jangan menyeleweng, menyongsangkan pemikiran dan membuat fatwa mengikut rasa hati.

“Golongan begini, saya khuatir orang begini akan masuk neraka lebih awal.

“Saya tak kira sesiapa mahupun dari parti mana pun. Jika ada kumpulan dan tokoh yang begitu, kita tolaklah,” katanya

Beliau berkata demikian dalam rakaman Podcast Buletin Utama.

Dalam pada itu, Zahid menegaskan beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barisan menteri dan timbalan menteri mewakili Umno serta Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, tidak adil untuk beliau menilai pretasi mereka namun masyarakat dan orang ramai boleh menilainya.

“Saya melakukan koordinasi setiap minggu dan koordinasi ini kita lakukan dengan semua menteri (dan timbalan menteri) berkenaan dan mereka datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri).

“Sebanyak mungkin kita bincangkan bukan hanya kertas Jemaah Menteri, sama ada memorandum ataupun nota ke Jemaah Menteri… kita juga bincangkan hal-hal terkait dengan politik negara, ekonomi negara dan juga mengenai parti,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak akan menegur kerana sebaliknya memberikan pandangan bertujuan mmeperbaiki atau mempertingkatkan pretasi berdasarkan program baharu.

“Kita lebih kepada memperkenalkan ‘game changer’ bagi setiap kementerian yang diketuai oleh menteri-menteri UMNO dan BN,” katanya. – 2 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related