HEADLINES

Era FM tidak digantung namun pengendali stesen dikompaun RM250,000

Kompaun dikenakan atas kesalahan memuatnaik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM sebaliknya mengenakan kompaun sebanyak RM250,000.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan, kompaun itu dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. 

Katanya, kompaun tersebut dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara.

“MCMC telah menerima rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM, berhubung notis niat penggantungan lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut pada 7 Mac 2025.

“Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan telah dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd. 

“Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 5 Mac lalu, enam individu termasuk tiga penyampai radio Era FM telah  diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersendakan upacara agama lain.

Tiga penyampai radio terbabit, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir turut digantung daripada ke udara dalam segmen 3 Pagi Era oleh Astro Audio.

Susulan itu MCMC telah mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio dan mereka diberikan tempoh  selama 30 hari untuk memberikan maklum balas terhadap notis tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Bagaimanapun Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan meminta supaya cadangan penggantungan itu dipertimbangkan kerana ia dianggap sebagai terlalu keras serta tidak adil kerana kesalahan itu berkait dengan tiga penyampai radionya bukan keseluruhan kakitangan stesen itu.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan ia memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

“Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang-undang negara,’’ katanya. – 11 Mac, 2025

.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related