HEADLINES

Penilaian akhir kawasan kawah Putra Heights selesai esok: Bomba

Bomba juga sedang menyedut air di kawasan kawah kebakaran kerana ada limpahan susulan hujan semalam

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai esok dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisyam Mohammad, penilaian akhir itu hanya meliputi kawah kebakaran sahaja dan tidak termasuk kawasan infrastruktur yang terjejas. 

“Kini, kita juga sedang jalankan operasi penyedutan air di kawasan kawah kebakaran kerana ada limpahan susulan hujan semalam,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan awal siasatan teknikal punca kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas, dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Hussein berkata impak letupan besar itu menyebabkan struktur atau landskap asal kawasan berkenaan telah berubah, menjadikan kawasan terbabit tidak stabil.

Selasa lalu, berlaku kebakaran saluran paip gas  di Putra Heights, Selangor  menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan. – 5 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related