◉ HEADLINES

Pantau projek sakit supaya siap dalam tempoh ditetapkan: Anwar

Anwar turut mengingatkan projek seperti rancangan tebatan banjir di Kelantan disegerakan supaya tidak membebankan rakyat dan tidak menambahkan kos

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya pelaksanaan projek termasuk status ‘projek sakit’ dipantau supaya ia siap dalam tempoh yang ditetapkan dan mencapai prestasi membanggakan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu hari ini.

Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan, perbincangan turut terarah kepada faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menyegerakan projek seperti rancangan tebatan banjir.

Ia, katanya, supaya tidak membebankan rakyat sehingga melibatkan penambahan kos serta kerugian kewangan.

“Sewaktu mesyuarat yang turut disertai Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan Negeri, saya singgung kepentingan memperhebat dan melicinkan lagi projek rakyat yang menjadi keutamaan, khususnya untuk impak pembangunan ekonomi dan kemajuan bersama-sama,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut disertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar turut berkata, kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan ini terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.

Beliau turut menghadiri Majlis Sambutan Aidil Fitri Madani Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. – 12 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related